Written by Iskandar Syahril on 19 January, 2010 – 5:27 pm

Penerimaan sijil MS 1722 dan OHSAS 18001 oleh UniMAP
NIOSH gesa guru lebih peka
KANGAR 18 Jan. – Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mahu semua pihak terutama guru lebih peka terhadap keselamatan para pelajar apabila mengadakan aktiviti di luar sekolah.Menurutnya, kejadian pelajar lemas ketika latihan mendayung di Pantai Macallum, Pulau Pinang, semalam dan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang pada tahun lalu seharusnya dijadikan iktibar .”Sepatutnya guru lebih mengetahui tentang aspek keselamatan terhadap diri sendiri mahupun pelajar sebelum melakukan sebarang aktiviti sama ada di dalam atau luar sekolah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pengiktirafan ISO MS 1722:2005 dan OHSAS 18001:2007 kepada Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini….
via Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri.
versi Bahasa Malaysia?