Banner
MS 1722 : OSHMS

Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHMS) pada masa ini telah mendapat perhatian dunia. Sistem ini telah diterima sebagai satu cara pendekatan yang berterusan bagi mencegah atau mengurangkan kemalangan dan kecederaan selain ianya juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan di sesebuah organisasi. Sehubungan itu Malaysia juga telah menerbitkan standard berkenaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikenali sebagai Standard Malaysia MS 1722:PART 1:2005.

Standard ini menyediakan keperluan-keperluan terhadap OSHMS dan menjadi asas untuk mengekalkan budaya Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam sesebuah organisasi. Ianya memerlukan pendekatan lebih manusiawi terhadap pengurusan OSH berbanding OHSAS 18001 di mana, di satu pihak ianya menunjukkan hanya sebagai sebuah alat pengurusan untuk mencapai pengurusan risiko OSH yang berkesan dan cekap.

Standard ini dihasilkan merujuk kepada garis panduan ILO-OSH:2001 dan MS 1722:2003. Ianya bertujuan untuk memantapkan pematuhan perundangan dan melindungi pekerja daripada hazad dan menyingkirkan pekerjaan yang mengakibatkan kecederaan, ketidakupayaan, masalah kesihatan, penyakit, kemalangan nyaris dan kematian. Sistem ini juga menerajui keseluruhan nilai tambah terhadap ekonomi dan kehidupan sosial yang bersesuaian dengan pasaran semasa. Memandangkan keperluan terhadap standard ini bersamaan dengan OHSAS 18001 maka pengauditan dan pensijilannya boleh dijalankan serentak.

Walaupun MS 1722 bukanlah satu keperluan perundangan tetapi rangka pelaksanaan bagi sesuatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan adalah merupakan satu spesifikasi yang diiktiraf. Oleh itu organisasi yang berdaftar kepada MS 1722:part1:2005 mengambil pendekatan untuk meyakinkan pekerja bahawa mereka berada di atas landasan yang betul dan mereka sedang menggunakan satu proses yang dirangka bagi melindungi keselamatan mereka dan yang lain. Di samping itu, ianya dapat membuktikan kepada kontraktor dan semua pelanggan bahawa organisasi itu mampu melaksanakan kerja mereka dalam keadaan selamat sepenuhnya. Dengan lain perkataan organisasi tersebut menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan dan keselamatan pemegang saham yang terlibat. MS 1722 juga telah meletakkan sasaran melalui polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersamaan dengan pengukuran yang dilaksanakan terhadapnya bagi memastikan proses penambahbaikan yang berterusan.

Keperluan dalam MS 1722: Part 1:2005 adalah hampir bersamaan dengan OHSAS 18001:1999 mahupun 2007. Oleh itu bagi organisasi yang berminat boleh memilih salah satu standard atau kedua-duanya sekali sekiranya mereka ingin dianugerahkan persijilan tanpa perlu mempunyai 2 sistem yang berbeza.

Pelaksanaan standard Malaysia untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan MS 1722:Part1:2005 adalah tepat pada masanya. Berdasarkan kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Action), MS 1722 tidak menghadapi kesulitan dalam memasuki aliran semasa yang dikuasai oleh sistem pengurusan ISO. Pada hakikatnya MS 1722 ini berupaya bergabung secara keseluruhannya dengan sistem pengurusan yang lain.

MS 1722 menyatakan perkara-perkara berkenaan perlindungan dan pengekalan pekerja berdasarkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan sistem yang sudah sedia ada. Kehendak sistem ini memerlukan perhatian dan tumpuan yang lebih teliti kerana ia lebih bersifat deskriptif dan dalam beberapa aspek lain ianya bersifat preskriptif.

Asas pelaksanaan MS 1722:Part1:2005 adalah berdasarkan elemen-elemen berikut: Polisi/dasar, Organisasi, Perancangan & pelaksanaan, penilaian dan tindakan penambahbaikan.

Sebagai suatu badan persijilan, NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NCSB) berfungsi untuk menjalankan aktiviti persijilan ke atas sistem pengurusan yang sedia ada. Organisasi yang berminat untuk mendapatkan persijilan MS 1722:Part1;2005 adalah perlu untuk menghantar pakej permohonan (borang soal selidik dan borang permohonan) yang disediakan oleh NCSB. Sebut harga akan dikeluarkan berdasarkan maklumat yang telah diberikan.

Gabungan audit bersama sistem pengurusan yang lain seperti sistem pengurusan kualiti atau sistem pengurusan persekitaran juga ditawarkan.

Sejak MS 1722:Part1:2005 dilancarkan, NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NCSB) telah menganugerahkan persijilan tersebut kepada beberapa organisasi seperti:- Petronas Penapisan Terengganu, Universiti Malaysia Pahang, Tenaga Nasional Berhad, Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran DLL. Organisasi-organisasi ini telah dianugerahkan persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MS 1722:Part1:2005 dan OHSAS 18001.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.